Dengan ini saya di anugerahkan Diploma Medical Sciences dari AUCMS Penang.
That day full of :
B.L.E.S.S.
H.A.P.P.I.N.E.S.S.
L.U.C.K.
S.A.D.N.E.S.S.
T.E.A.R.
M.E.M.O.R.I.E.S.
S.M.I.L.E.
F.O.R.G.I.V.E.N.E.S.S.
H.U.M.O.R.
Semua pengalaman pahit, manis, masam dan tawar menjadi satu. Suatu gambaran yang tidak dapat di ungkapkan. Tidak dapat dipaparkan. Penat lelah kami selama 3tahun belajar akhirnya tamat. Semuanya telah berakhir. Semuanya telah tamat.
Walaupun saat itu kedua ibu bapa tidak dapat menunjukkan diri disebabkan harus pergi ke luar negara tetapi aku puas dan redha. Aku pasrah, asalkan sekalung ucapan TAHNIAH sudah memadai. Tetapi itulah detik yang menyentap sanubari seorang anak sebenarnya... Pabila kejayaan tidak dapat dilihat oleh kedua ibu bapanya. Hanya dapat melihat kawan bersama 'parents'nya sahaja. Bibir ku tersenyum. Hambar.
- Saat pabila mendapatkan 'scroll' dan dilihat ibu bapanya.
- Saat mereka menerima bunga dari kedua ibu bapanya.
- Saat mereka tercari - cari kedua ibu bapanya.
- Saat mereka bersalaman, berciuman dan berdakapan serta berkongsi kejayaan.
- Saat kedua ibu bapanya menitiskan air mata dan tersenyum kegembiraan atas kejayaan anaknya.
Itulah yang aku lihat, setelah aku menerima 'scroll' dari dekan bersangsikan President AUCMS Dato' Prof. Dktr. Zainuddin Wazir bersama mantan perdana menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya.
Siap menerima 'scroll' dan selelsai majlis. Aku keluar melihat kejayaan kawan - kawan aku. Melihat bunga dan 'teddy bear' yang sedang dibeli untuk diberi kepada mereka yang mereka sayang. Beruntungnya... Mereka bersama - sama orang yang mereka sayangi. Pada saat itu lah aku umpama mamai dan tercari - cari kelibat insan yang aku tunggu, tetapi tiada. Aku kembali ke dunia nyata. Aku sedar, aku keseorang 'time' tu.
Tiba - tiba,
terasa kehangatan air mengalir, pikir aku cumalah titisan hujan. Yes, rupanya hujan didalam hati ku. Tanpa berhenti air mata aku mengalir, umpama tiada penghujungnya. Aku cuba untuk hentiknanya tetapi gagal. Aku gagal untuk menghentikan air mata itu. Dengan badan yang lemah dan pelahan aku menuju ke salah satu gerai jualan bunga disitu. Air mata aku pun mula terhenti pabila melihat kesegaran bunga yang mekar. Umpama mencuci kelopak mata.
Dalam melihat pelbagai jenis warna bunga itu, hati aku terdetik untuk memiliki bunga tersebut. Berangan nak beli untuk diri sendiri lah kiranya, sekurang - kurangnya aku ada bunga juga. Tak adalah aku 'jelous' dengan kawan - kawan aku. Haha! Buruk perangai aku kan? Sambil membelik - belik bunga dan bertannya harganya. Tidak semena - menanya...
"Is... Is... Jangan beli bunga tu!" Jeritan satu suara yang aku kenali, dari jauh kedengaran. "Is... Jangan ambil bunga tu lah, nak! Saya dah belikan bunga yang awak suka ni..." Satu huluran bunga Ros Merah Hati bersama selitan 'teddy bear' membuatkan aku terkejut, kaku dan kaget. "Ishh... Awak ni, tak payah lah nak beli bunga tu. Membazir jela... Sa... Saya dah beli pun bunga dengan teddy bear yang awak suka ni, nah ambil ni...!" Suara termengah - mengah Wiwi Tham Nyuk Fong kepenatan setelah berlari. Dialah kawan rapat dari sabah, kacukan bumiputera dan cina yang aku kenal sejak dulu lagi. Dialah orang pertama yang aku mintak pertolongan tentang pelajaran sejak pertama kali menjejakkan kaki di kolej ini.
Aku terdiam, apa yang aku lakukan hanyalah tersenyum tidak terkata apa - apa melihat dirinya. Hanya mampu ketawa bersamanya. Terselit emosi yang bercampur bau. Tidak dapat digambarkan perasaan itu, sumpah. Terbit umbun - umbun mutiara di hujung mata aku, dengan tangkas aku seka. Aku peluk erat kawan aku yang seorang ini, umpama kakak aku dah. Tapi dia cukup pantang pabila aku memanggil dirinya kakak. Haha. Usianya cuma tua setahun dari aku saja. Dia selalu menasihati aku dan mengingatkan aku tentang baik buruk keputusan yang kita lakukan. Ikhlas senyuman dan tawanya, mengubat hati yang kerinduan ini.
Aku mengerti niatnya, untuk menggembirakan hati ini. Aku faham, timbul perasaan simpatinya terhadap kawannya yang seorang ini. Haha. Kelakar kalau aku cuba imbas kembali peristiwa itu.
Ok, berbalik pada cerita asal. Yes, aku mengaku yang aku ni cepat 'touching' dan 'sensitive' akan sesuatu pekara. Itulah diri ini, yang tidak dapat lari dari semua itu. Wiwi mengajak aku untuk 'lunch' bersama ibunya, tetapi aku menolak dengan cara yang baik kerana aku tidak mahu menggangu masa yang ada untuk mereka bersama.
Aku keseorangan lagi!
Layankan jelah jiwa ini... Berjumpa pula Nadia rakan rapat yang sekelas dengan aku. Bersapa sebentar kerana dia hendak berjumpa dengan ibunya. 'Perempuan ni pun satu, asyik nak cepat je. Layan 'and' boraklah dengan aku dulu' Gerutu hati aku. Haha! Aku pun relakan dia pergi, kerana faham akn situasinya.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, aku terserempak pula dengan Zaim Faiz dan Syazwan Syukri yang merupakan juga rakan sekelas aku. Merekalah tempat bergurau senda aku. Disamping itu, Nazarullah a.k.a Cat juga muncul! Dialah rakan tatkala susah dan senang aku, tempat rahsia di bongkarkan. Tempat untuk aku maki dan akulah tempat untuk dia carut! Haha.. Itulah kawan aku. Disebabkan terlalu panas saat itu! Kami berjalan menuju ke 'Auditorium' Pusat Budi Penyanyang, tujuannya adalah untuk menyejukkan badan ini.
Rehatkan badan seketika sebelum meneruskan agenda yang seterusnya.
Tetapi lain pula yang jadinya, kamera telah tersedia. 'Posing' sakan lah kita orang, bagai nak rak amik 'picture' tu. Perbagai posisi di tunjukkan umpama 'model professional', haha! Lepas sahaja kami ber'posing' sakan. Cat terpaksa masuk ke Dewan Seri Endon ditemani Zaim dan Syazwan untuk mengambil 'scroll' katanya. Yela, aku sesi pagi. Dia pula sesi petang. Berbeza course maka berbezalah sesi.
Tidak lama kemudian pintu 'Auditorium' terbuka dan Siti Aishah a.k.a Kak Ecah (Mek kelate) muncul bersama Nurul Izzati a.k.a Tie (Ratu Budu) menyerbu.
"Aaargghhhh.....!!! Is puas kami cari ang taw dak?" Gerutu Tie yang tak puas hati. Wanita gedit yang paling aktif pernah aku kenali yang tidak pernah kenal erti penat. "Penat aku berjalan, abis lemak aku! Dah lah aku sayang lemak aku taw tak!!!" Sambung Kak Ecah pulak. Inilah kakak yang aku kenal, pertama kali mengenalinya adalah pabila dia menegur aku dengan meminta 3kupang (30sen) untuk duit 'photostate' pada hari pertama kelas bermula. Tersenyum aku ketika itu. Inilah kawan rapat aku dalam kelas dan sepanjang pembelanjaran aku. Sejak 3tahun yang lalu susah, senang, tangis, tawa dan baik buruk aku mereka terima. Kami harungi bersama. "Kami ada bawakan ang 'something' amik ni.... " suara K.ecah kedengaran. "Nah, amik ni.. Penat kami belikan untuk ang taw dak! Pastu nak cari ang lagi... Ishhh.. Menyusahkan je..!" Suara lantang Tie yang punya badan kecil memecah suasana. 'Tak padan dengan kecil badan tu, mulut puaka!' balas aku dalam hati. Haha!
Huluran jambangan bunga palsu dari Tie yang kecil saiznya diperbuat dari kertas bewarna 'pink' bersama 'teddy bear' yang cumel molek ditengah - tengah jambangan bunga tersebut menceriakan gubahan tersebut. Aku terpana seketika. Terharu seketika. Satu lagi huluran jambangan bersaiz sederhana besarnya terselit bunga ros hidup yang segar berwarna 'pink' bersama 'teddy bear' ditengahnya. Membuatkan aku tersentak. Hati aku betul - betul tersentuh. Emosi mula memainkan peranan.
"Kita orang tahu tadi ang nangiskan?" Soal Tie serta merta. "Sebab itulah kita orang belikan bunga, lagipun kesian aku tengok kau. Takut nanti kau nak beli bunga untuk diri sendiri je nanti. Haha!" Sakat Kak Ecah. Aku tertawa melihat gelagat mereka berdua, pada masa yang sama air mata aku mulai gugur.
Aku ketawa dengan tangisan yang berjurai tanpa henti. Tidak dapat disekat lagi, aku berterusan menangis. Tiada umkapan untuk gambaran perasaan itu. Tangisan kegembiraan. Tangisan kesyukuran. Tangisan rahmat. Tangisan kegembiraan. Tangisan keseronokan. Tangisan perpisahan.
Aku tahu, sudah tiba masanya untuk kami melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Apa pun keputusannya nanti, kita harus mencorak kehidupan kita sendiri. 3tahun ini mengajar aku pelbagai pengalaman yang menarik dan selama ini mereka semua membimbing aku. Tatkala aku jatuh, mereka mengangkat aku. Tatkala aku sedih mereka ceriakan aku. Tatkala aku terluka mereka penyembuh segala duka.
Sebelum semua ini berakhir, aku harus sematkan memori ini dalam gambaran yang boleh dikenang. Lantas aku menghubungi Naqib rakan college aku untuk mengambil gambar kenangan aku bersama mereka semua menggunakan kamera Nikon beliau di salah sebuah pusat rekreasi di kepala batas, iaitu Vision Park. Bersama aku adalahWiwi, Kak Ecah, Tie dan Nadia!
Pelbagai aksi yang kami lakukan! Sangat bergaya taw! haha!
Mungkin korang pernah tengok 'picture' ni tapi aku cuma nak menceritakan apa yang terkandung didalam memori aku ini. So.....
Nak lihat 'picture' kami semua tak? Jom.....!
Ok, Serius aku nampak gemuk dalam pakaian itu! Haha! Berhadapan Dewan Seri Endon, Kepala Batas. Dari kiri Nadia, Tie, Ecah, Wiwi dan budak paling CUMEL! Iaitu saya, Iskandar! Haha!
Inilah Vision Park, Kepala Batas. Apa yang aku cuba lakukan? Ok, Kak Ecah terlalu 'excited'!
Mampu nak lakukan? Berpeluh kot nak ambil 'picture' macam ni! Susah gila! Banyak kali kena 'repeated' kot! Memang memerah keringat! Tapi 'part' yang 'best'nya adalah muka kami semua! Perhatikan!
Aksi penjemuran ikan kering! Haha! Memang SILAUlah ceritanya nak menahan terik matahari.
Dalam ni, semua 'posing' maut kot! Haha!
Yang ni.... Urmmm.. No comment!
Sebenarnya hampir semua 'picture' ni tak boleh digunakan tetapi disebabkan kami tiada pilihan, gambar pulak diambil terhad. So, terpaksa gunalah! SEDIH! Sebab itulah riaksi muka kami semua 'disaster'! Haha! Nampak? Kankankan.... :-p
Tidak dapat aku lafaskan dari kata - kata tatkala hari terakhir berpisah dengan mereka. Tidak dapat diungkapkan perasaan ini pabila melihat mereka pergi. Berat hati ini untuk meninggalkan semuanya dan bergerak pulang. Perit dan pedih hati ini tatkala mengucapkan kata selamat tinggal. Kata maaf diminta, menghalalkan segala perilaku, perbuatan dan makan minum.
Dari situ lah kita kenal sahabat yang baik, penyabar, penyanyang dan menerima kita seadanya. Akan tetapi semuanya telah berakhir. Aku rindukan semua itu. Bergurau bersama, masak bersama, keluar bersama, memaki hamun bersama, menyalahkan antara satu sama lain dan yang paling 'best' adalah makan bersama!
Memang benarlah, apa yang orang ramai katakan. Hari - hari terakhirlah yang akan terungkap semuanya...
B.L.E.S.S. - Bersyukur pabila mengenali kamu semua.
H.A.P.P.I.N.E.S.S. - Gembira melihat kita melakukan pekara bersama - sama.
L.U.C.K. - Tuah saya bersama kamu semua dan tiadanya bala. Diri kamu itulah tuahnya.
S.A.D.N.E.S.S. - Sedih pabila meninggalkan kamu semua tatkala hati ini memerlukan.
T.E.A.R. - Tangisan ini selalu terhenti disebabkan kamu semua.
M.E.M.O.R.I.E.S. - Memori bersama kamulah yang paling menakjubkan.
S.M.I.L.E. - Senyuman terbentuk pabila melihat kita semua bersama.
F.O.R.G.I.V.E.N.E.S.S. - Kemaafan yang tidak pernah lekang dari hati korang.
H.U.M.O.R. - Lawak kamu yang tiada kering gusi.
Kamu adalah S.A.H.A.B.A.T aku sepanjang zaman sehingga akhir zaman. Akan aku ingat sampai mati. Akan aku sentiasa doakan kejayaan korang sepanjang hayat.
Jika ada masa, umur dan hayat yang panjang akan kita berjumpa lagi... Miss korang like CRAZY!
See you Guys! Bye...






Banyak dah kita lalui bersama kan 3 tahun ni.. Gaduh pun ada.. Tapi bnda2 tu yg kuatkan lagi 'BOND' tu kan.. Kuat chemistry kita.. Dr sem 1 smpai sem 5. Huhu i love u all berderai airmata baca blog kau dik.. Hehe thanks sbb menguatkan saya n menemani sya bila sya terpaksa berdikari.. Thanks a lot
ReplyDeleteEyh sem 6.. Salah tulis
Deleteme too...! pekara yang tidak akn dpt dilupakan sehingga trtutup mata ni...
ReplyDelete