Pages

Monday, 12 November 2012

ALONE + Again = NORMAL?


Merenung ke luar gendela melihat kebesarannya, mengsyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Kau memberikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Walau penuh dengan cabaran.. Aku tahu, aku ada kamu. Kerna ke mana jua aku pergi, kau sentiasa akan bersama. Yang sentiasa setia berada disisi aku. Aku jatuh dan bangkit jua kerna MU... Tuhan.

     Malam yang begitu indah, membuatkan aku lena didalam buaian gelap. Lena yang membuat aku leka akan segalanya. Begitu indah sekali ciptaan malam, ciptaan yang tiada tandingan. Umpama 1001 malam ajaib tanpa penghujungnya.
     Termenung aku sendirian sehinggakan hati kecil berbisik. Sampai bila semuanya akan berakhir? Persoalan demi pertanyan yang timbul membuatkan aku kaku, kaget dan lemah umpama roh didalam jasad tercabut, terapung diudara tanpa kaki jejak ke bumi. Tiada tarikan graviti terhadap aku.

Angin sepoi bahasa menyapa muka. Nyaman.

Memang betul apa yang masyarakat kita kata, bila berseorangan di sesuatu tempat akan wujud perbagai andaian, persoalan dan permainan emosi yang berligar didalam fikiran. Adakah aku salah? Atau sememangnya mereka betul? Adakah mereka  sengaja? Atau adakah aku ni berlaku kejam? Betulkah langkah yang telah aku buat? Tolong... Aku keliru.. Hanya itu saja yang mampu aku luahkan.

     Patutkah aku meminta kemaaf atau memaafkan? Aku tiada dendam untuk memaafkan dan aku tiada salah untuk memohon kemaafan. Kalau aku bersalah, tegurlah aku maka aku akan menghulur sepuluh jari memohon kemaafan. Aku akan buat apa yang aku rasa betul.

    Yes, pabila api kemarahan wujud masa itu apa yang kita pandang buta, apa yang kita dengar pekak dan apa yang kita rasa panas. Semua yang berlaku kita tak akan peduli.  Tapi, selepas beberapa hari berlalu. Yang tinggal hanyalah bahangnya. Aku penat untuk memulakannya balik, maka terserahlah untuk menentukannya samada baik atau buruk. 

Yang aku pasti, kini... Aku mampu bertahan dan boleh mengatasinya. Terbiasa walaupun terpaksa. 

    Emosi mula memainkan peranan. Sedih, keliru, marah smuanya bercampur baur menjadi satu. Lidah kelu. Diam buat seketika. Yang aku tahu, kini aku sendiri. Aku dapat apa yang aku bayar. Aku faham. 
     Aku belajar dari pengalaman, menjadikan aku dewasa. Berdiri diatas kaki sendiri. Bila kita keseorangan, kita akan sedar bahawa diri ini akan menjadi tabah tanpa bantuan orang lain. Kita akan menjadi kejam terhadap pembaikan diri, sifat pentingkan diri akan wujud kerana tanpanya kita akan jatuh. 

Ingatlah bahawa kita keseorangan. ALONE. Take it, or Leave it. Learn, is Worth it. 



No comments:

Post a Comment