Pages

Friday, 31 May 2013

Habit dalam KELAS! Ditujukan kepada SISWAZAH!

     Selalunya apa yang korang lakukan didalam kelas semasa kelas sedang berjalan? Memberikan sepenuh prhatian kepada dinding pembelajaran dan muka serta bibir pensyarah? Are you sure? Betul - betul pasti? I dont think so.... Boleh kerat jari ni lah kalau korang lakukannya... Haha!

Betul lah apa yang orang tua katakan :
Hargailah setiap detik waktu yang ada sebelum terlambat dan kita akan menyesal. Hargailah setiap saat yang bakal mendatang kerana kita akan terlepas saat yang indah. Tetapi kita cepat alpa. Itulah yang digelar M.A.N.U.S.I.A.
     That me! And that is you! Admit it.... :-p

     Detik yang terindah dalam memori aku bersama kawan - kawan di dalam kelas semasa pembelajaran yang berlaku di AUCMS, Pulau Pinang. Itulah siswazah, Senior  DIPLOMA in MEDICAL SCIENCES 1st Batch, April INTAKE 2010 dan ini adalah perangai kami....
- Jom intai - intai :
  • M.E.N.I.R.U - soalan kuiz yang dilakukan setiap minggu, hampir pecah kepala otak ni kot! jawapan paling 'cleshay' sangatkan? Alasannye lagi, "Alah... Kuiz je pun... Kau tolong aku, aku tolong kau balik. Soalan kuiz je kita tiru, SUMPAH 'time' exam tak buat!" Haha! Korang pun pernah buatkan? Berani 'time' kuiz je, 'time exam' kalau bawa pun memang tak berani nak buka punya. 
  • T.I.D.U.R - i bet, korang dah buat! Tidur 'time lecturer' beri taklimat 'or' sedang beri 'lecture' didepan. Lagi syiok bila 'time slide-show' + aircond + lampu dipadamkan, memang membuak-buaklah setan tutupkan mata tu kan? Haha!
  • P.I.C.T.U.R.E - Setiap kali 'time-Projek discussion' atau 'time lecturer' tak ada, keluarkan 'handphone'mu! sesi 'photoshoot' akan dilakukan! Pencarian model sedang berlaku! Bedak, celak dan gincu siap dilakukan. Sediakan muka itik, jari 'peace', pura-pura 'candid', kawan yang sedang tidur, gambar beramai-ramai dan perlbagai lagi! Semuanya pasti diambil. Yang buruk tidak akan sesekali di'delete'. Motif semua tu! Haha. Kalau tak percaya, 'time' takde 'lecturer' LIHATlah sekeliling anda!
  • G.A.M.E - Inilah yang sering berlaku pabila korang dah terlalu fokus dengan 'slide-show' pensyarah korang. Aku faham sangat! Sebab aku pernah merasainya juga. Jadi, dengan berhati-hati dan pelahan-lahan korang keluarkan 'handphone' dari poket/beg dan letak atas meja sambil mata korang tanpa kelip melihat muka pensyarah supaya dia tak syak. Pastu selindung gadjet korang dengan 'pencil case' atau buku... Then, let's play until END! Betul tak?
  • O.N.L.I.N.E - Penat bermain 'game' jadi berhenti seketika, maka bukalah 'Facebook' meng'update' status boring korang tentang 'lecturer' dan suruh dia berhenti 'or' cepat habis sebab dah tak tahan. Tak padan dengan tu, korang buka pulak 'Twitter' maki hamun dalam tu. Yang pastinya, korang 'Hide status tu dari pensyarah korang. 'Intagram' lagilah tak boleh belah, korang post pulak 'picture' kawan  korang yang tengah tidur dalam kelas 'or' muka pensyarah yang tengah mengajar tu kan?  
  • M.E.N.Y.A.N.Y.I - Bila kamu dah mula 'or start' sesebuah lagu pasti akan ada yang menyambungnya 'part chorus' yang best! 'Part' tu lah yang korang nak sangat nyanyikan? Haha! Lepas tu, kegilaan mendatang dan mulalah merosakkan lagu beramai - ramai. Kankankan? 
  • M.O.V.I.E - Tayangan perdana yang dilakukan kami semasa pensyarah masuk lewat atau kelas ditangguhkan. Yes, kami akan buka 'laptop' dan menonton bersama kekawan. Tak puas dengan skrin yang kecil itu, pergi kehadapan dan cucuk wayar 'projector', tutup lampu dan sediakan makanan! Hahaa...
  • M.E.L.E.N.C.O.N.G - Takkan tak pernah buat kot? 'time' kelas mula, kita cakap nk pergi tandas padahal ikut pintu belakang atau keluar pergi 'cafe' makan. Cukup 10-15minit masuk balik dalam kelas.
  • S.K.I.P-C.L.A.S.S - Yang ni mesti korang semua pernah buatkan? ok, kelas pagi korang pergi lepas itu ada break dalam 2-3jam untuk sambungan kelas tengahari atau petang pulak. Oleh kerana penat dan mengantuk menunggu dan cuma lagi 15-20minit kelas dah nak mula, korang boleh cabut lari! Lepas tu pulak, nak balik pun sembunyi - sembunyi. Takot kena tangkap dengan pensyarah, betul tak? Haha! Tapi bila dah keluar kelas pula, segar biji mata ini. Terus pergi jejalan. Kat sana 'famous' pekan KAILAN lah, kota keriangan! haha! ada KFC jer.. Sedih!
  • K.E.H.A.D.I.R.A.N - Oleh kerana kami 'skip class' jadi sediakan 'handphone' mendail sesiapa saja yang hadir ke kelas tadi untuk "tolong sain-kan tandatangan" ciplak pun ciplak lah janji nampak sama sudah lah. Haha!
  • P.A.G.I - Ini merupakan 'favorite student' sangat- sangat. Jadi kami lewat bangun pagi! Kepada pensyarah, sila janganlah buat kelas terlalu awal. Kami 'stress' taw! Haha! Kelas 'start' pukul 8pagi tapi bangun pukul 7.45pagi. 'Time' tulah nak mandi nak pakai baju dan nak kejar bus! Bagus tak perangai? Akhirnya smpai, 15minit sebelum kelas tamat. So, tunggu jela dekat luar tu.. Masuk 'next class' ataupun bagi sesiapa yang berani terus ja masuk semata -mata nak dapatkan kehadiran! Haha. Betul tak? Kalau kena tanya, jawapannya bus tak nak jalan lah, semalam tidur lewatlah, jam tak berbunyilah. ayat 'common' lah dik.
     Inilah perangai kami sebagai seirang siswah, yang begitu sempurna! maka contohilah teladan baik kami! Kepada anda membaca cerita ini, pasti terbayangkan samada korang semua pernah lakukan atau pun tidak.

Baiklah, setakat ni jelah perutusan aku untuk korang. Penat kot! haha! Lain kali ye aku sambung lagi...

No comments:

Post a Comment