Pages

Friday, 31 May 2013

Habit dalam KELAS! Ditujukan kepada SISWAZAH!

     Selalunya apa yang korang lakukan didalam kelas semasa kelas sedang berjalan? Memberikan sepenuh prhatian kepada dinding pembelajaran dan muka serta bibir pensyarah? Are you sure? Betul - betul pasti? I dont think so.... Boleh kerat jari ni lah kalau korang lakukannya... Haha!

Betul lah apa yang orang tua katakan :
Hargailah setiap detik waktu yang ada sebelum terlambat dan kita akan menyesal. Hargailah setiap saat yang bakal mendatang kerana kita akan terlepas saat yang indah. Tetapi kita cepat alpa. Itulah yang digelar M.A.N.U.S.I.A.
     That me! And that is you! Admit it.... :-p

     Detik yang terindah dalam memori aku bersama kawan - kawan di dalam kelas semasa pembelajaran yang berlaku di AUCMS, Pulau Pinang. Itulah siswazah, Senior  DIPLOMA in MEDICAL SCIENCES 1st Batch, April INTAKE 2010 dan ini adalah perangai kami....
- Jom intai - intai :
  • M.E.N.I.R.U - soalan kuiz yang dilakukan setiap minggu, hampir pecah kepala otak ni kot! jawapan paling 'cleshay' sangatkan? Alasannye lagi, "Alah... Kuiz je pun... Kau tolong aku, aku tolong kau balik. Soalan kuiz je kita tiru, SUMPAH 'time' exam tak buat!" Haha! Korang pun pernah buatkan? Berani 'time' kuiz je, 'time exam' kalau bawa pun memang tak berani nak buka punya. 
  • T.I.D.U.R - i bet, korang dah buat! Tidur 'time lecturer' beri taklimat 'or' sedang beri 'lecture' didepan. Lagi syiok bila 'time slide-show' + aircond + lampu dipadamkan, memang membuak-buaklah setan tutupkan mata tu kan? Haha!
  • P.I.C.T.U.R.E - Setiap kali 'time-Projek discussion' atau 'time lecturer' tak ada, keluarkan 'handphone'mu! sesi 'photoshoot' akan dilakukan! Pencarian model sedang berlaku! Bedak, celak dan gincu siap dilakukan. Sediakan muka itik, jari 'peace', pura-pura 'candid', kawan yang sedang tidur, gambar beramai-ramai dan perlbagai lagi! Semuanya pasti diambil. Yang buruk tidak akan sesekali di'delete'. Motif semua tu! Haha. Kalau tak percaya, 'time' takde 'lecturer' LIHATlah sekeliling anda!
  • G.A.M.E - Inilah yang sering berlaku pabila korang dah terlalu fokus dengan 'slide-show' pensyarah korang. Aku faham sangat! Sebab aku pernah merasainya juga. Jadi, dengan berhati-hati dan pelahan-lahan korang keluarkan 'handphone' dari poket/beg dan letak atas meja sambil mata korang tanpa kelip melihat muka pensyarah supaya dia tak syak. Pastu selindung gadjet korang dengan 'pencil case' atau buku... Then, let's play until END! Betul tak?
  • O.N.L.I.N.E - Penat bermain 'game' jadi berhenti seketika, maka bukalah 'Facebook' meng'update' status boring korang tentang 'lecturer' dan suruh dia berhenti 'or' cepat habis sebab dah tak tahan. Tak padan dengan tu, korang buka pulak 'Twitter' maki hamun dalam tu. Yang pastinya, korang 'Hide status tu dari pensyarah korang. 'Intagram' lagilah tak boleh belah, korang post pulak 'picture' kawan  korang yang tengah tidur dalam kelas 'or' muka pensyarah yang tengah mengajar tu kan?  
  • M.E.N.Y.A.N.Y.I - Bila kamu dah mula 'or start' sesebuah lagu pasti akan ada yang menyambungnya 'part chorus' yang best! 'Part' tu lah yang korang nak sangat nyanyikan? Haha! Lepas tu, kegilaan mendatang dan mulalah merosakkan lagu beramai - ramai. Kankankan? 
  • M.O.V.I.E - Tayangan perdana yang dilakukan kami semasa pensyarah masuk lewat atau kelas ditangguhkan. Yes, kami akan buka 'laptop' dan menonton bersama kekawan. Tak puas dengan skrin yang kecil itu, pergi kehadapan dan cucuk wayar 'projector', tutup lampu dan sediakan makanan! Hahaa...
  • M.E.L.E.N.C.O.N.G - Takkan tak pernah buat kot? 'time' kelas mula, kita cakap nk pergi tandas padahal ikut pintu belakang atau keluar pergi 'cafe' makan. Cukup 10-15minit masuk balik dalam kelas.
  • S.K.I.P-C.L.A.S.S - Yang ni mesti korang semua pernah buatkan? ok, kelas pagi korang pergi lepas itu ada break dalam 2-3jam untuk sambungan kelas tengahari atau petang pulak. Oleh kerana penat dan mengantuk menunggu dan cuma lagi 15-20minit kelas dah nak mula, korang boleh cabut lari! Lepas tu pulak, nak balik pun sembunyi - sembunyi. Takot kena tangkap dengan pensyarah, betul tak? Haha! Tapi bila dah keluar kelas pula, segar biji mata ini. Terus pergi jejalan. Kat sana 'famous' pekan KAILAN lah, kota keriangan! haha! ada KFC jer.. Sedih!
  • K.E.H.A.D.I.R.A.N - Oleh kerana kami 'skip class' jadi sediakan 'handphone' mendail sesiapa saja yang hadir ke kelas tadi untuk "tolong sain-kan tandatangan" ciplak pun ciplak lah janji nampak sama sudah lah. Haha!
  • P.A.G.I - Ini merupakan 'favorite student' sangat- sangat. Jadi kami lewat bangun pagi! Kepada pensyarah, sila janganlah buat kelas terlalu awal. Kami 'stress' taw! Haha! Kelas 'start' pukul 8pagi tapi bangun pukul 7.45pagi. 'Time' tulah nak mandi nak pakai baju dan nak kejar bus! Bagus tak perangai? Akhirnya smpai, 15minit sebelum kelas tamat. So, tunggu jela dekat luar tu.. Masuk 'next class' ataupun bagi sesiapa yang berani terus ja masuk semata -mata nak dapatkan kehadiran! Haha. Betul tak? Kalau kena tanya, jawapannya bus tak nak jalan lah, semalam tidur lewatlah, jam tak berbunyilah. ayat 'common' lah dik.
     Inilah perangai kami sebagai seirang siswah, yang begitu sempurna! maka contohilah teladan baik kami! Kepada anda membaca cerita ini, pasti terbayangkan samada korang semua pernah lakukan atau pun tidak.

Baiklah, setakat ni jelah perutusan aku untuk korang. Penat kot! haha! Lain kali ye aku sambung lagi...

My Graduation Day!

Bit LATE but who's care? i admit it, my GRADUATION day was on 18 April 2013 at Dewan Seri Endon, Budi Penyanyang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Itulah tempat aku pernah belajar dan ia berhadapan dengan kampus besar Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).

              Dengan ini saya di anugerahkan Diploma Medical Sciences dari AUCMS Penang.

That day full of :

B.L.E.S.S.
H.A.P.P.I.N.E.S.S.
L.U.C.K.
S.A.D.N.E.S.S.
T.E.A.R.
M.E.M.O.R.I.E.S.
S.M.I.L.E.
F.O.R.G.I.V.E.N.E.S.S.
H.U.M.O.R.

     Semua pengalaman pahit, manis, masam dan tawar menjadi satu. Suatu gambaran yang tidak dapat di ungkapkan. Tidak dapat dipaparkan. Penat lelah kami selama 3tahun belajar akhirnya tamat. Semuanya telah berakhir. Semuanya telah tamat. 
Walaupun saat itu kedua ibu bapa tidak dapat menunjukkan diri disebabkan harus pergi ke luar negara tetapi aku puas dan redha. Aku pasrah, asalkan sekalung ucapan TAHNIAH sudah memadai. Tetapi itulah detik yang menyentap sanubari seorang anak sebenarnya... Pabila kejayaan tidak dapat dilihat oleh kedua ibu bapanya. Hanya dapat melihat kawan bersama 'parents'nya sahaja. Bibir ku tersenyum. Hambar.
  • Saat pabila mendapatkan 'scroll' dan dilihat ibu bapanya. 
  • Saat mereka menerima bunga dari kedua ibu bapanya.
  • Saat mereka tercari - cari kedua ibu bapanya.
  • Saat mereka bersalaman, berciuman dan berdakapan serta berkongsi kejayaan.
  • Saat kedua ibu bapanya menitiskan air mata dan tersenyum kegembiraan atas kejayaan anaknya.
     Itulah yang aku lihat, setelah aku menerima 'scroll' dari dekan bersangsikan President AUCMS Dato' Prof. Dktr. Zainuddin Wazir bersama mantan perdana menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya. 
Siap menerima 'scroll' dan selelsai majlis. Aku keluar melihat kejayaan kawan - kawan aku. Melihat bunga dan 'teddy bear' yang sedang dibeli untuk diberi kepada mereka yang mereka sayang. Beruntungnya... Mereka bersama - sama orang yang mereka sayangi. Pada saat itu lah aku umpama mamai dan tercari - cari kelibat insan yang aku tunggu, tetapi tiada. Aku kembali ke dunia nyata. Aku sedar, aku keseorang 'time' tu. 

Tiba - tiba, 
terasa kehangatan air mengalir, pikir aku cumalah titisan hujan. Yes, rupanya hujan didalam hati ku. Tanpa berhenti air mata aku mengalir, umpama tiada penghujungnya. Aku cuba untuk hentiknanya tetapi gagal. Aku gagal untuk menghentikan air mata itu. Dengan badan yang lemah dan pelahan aku menuju ke salah satu gerai jualan bunga disitu. Air mata aku pun mula terhenti pabila melihat kesegaran bunga yang mekar. Umpama mencuci kelopak mata.
     Dalam melihat pelbagai jenis warna bunga itu, hati aku terdetik untuk memiliki bunga tersebut. Berangan nak beli untuk diri sendiri lah kiranya, sekurang - kurangnya aku ada bunga juga. Tak adalah aku 'jelous' dengan kawan - kawan aku. Haha! Buruk perangai aku kan? Sambil membelik - belik bunga dan bertannya harganya. Tidak semena - menanya...

     "Is... Is... Jangan beli bunga tu!" Jeritan satu suara yang aku kenali, dari jauh kedengaran. "Is... Jangan ambil bunga tu lah, nak! Saya dah belikan bunga yang awak suka ni..." Satu huluran bunga Ros Merah Hati bersama selitan 'teddy bear' membuatkan aku terkejut, kaku dan kaget. "Ishh... Awak ni, tak payah lah nak beli bunga tu. Membazir jela... Sa... Saya dah beli pun bunga dengan teddy bear yang awak suka ni, nah ambil ni...!" Suara termengah - mengah Wiwi Tham Nyuk Fong kepenatan setelah berlari. Dialah kawan rapat dari sabah, kacukan bumiputera dan cina yang aku kenal sejak dulu lagi. Dialah orang pertama yang aku mintak pertolongan tentang pelajaran sejak pertama kali menjejakkan kaki di kolej ini. 

Aku terdiam, apa yang aku lakukan hanyalah tersenyum tidak terkata apa - apa melihat dirinya. Hanya mampu ketawa bersamanya. Terselit emosi yang bercampur bau. Tidak dapat digambarkan perasaan itu, sumpah. Terbit umbun - umbun mutiara di hujung mata aku, dengan tangkas aku seka. Aku peluk erat kawan aku yang seorang ini, umpama kakak aku dah. Tapi dia cukup pantang pabila aku memanggil dirinya kakak. Haha. Usianya cuma tua setahun dari aku saja. Dia selalu menasihati aku dan mengingatkan aku tentang baik buruk keputusan yang kita lakukan. Ikhlas senyuman dan tawanya, mengubat hati yang kerinduan ini.
     Aku mengerti niatnya, untuk menggembirakan hati ini. Aku faham, timbul perasaan simpatinya terhadap kawannya yang seorang ini. Haha. Kelakar kalau aku cuba imbas kembali peristiwa itu. 

     Ok, berbalik pada cerita asal. Yes, aku mengaku yang aku ni cepat 'touching' dan 'sensitive' akan sesuatu pekara. Itulah diri ini, yang tidak dapat lari dari semua itu. Wiwi mengajak aku untuk 'lunch' bersama ibunya, tetapi aku menolak dengan cara yang baik kerana aku tidak mahu menggangu masa yang ada untuk mereka bersama. 

Aku keseorangan lagi!

Layankan jelah jiwa ini... Berjumpa pula Nadia rakan rapat yang sekelas dengan aku. Bersapa sebentar kerana dia hendak berjumpa dengan ibunya. 'Perempuan ni pun satu, asyik nak cepat je. Layan 'and' boraklah dengan aku dulu' Gerutu hati aku. Haha! Aku pun relakan dia pergi, kerana faham akn situasinya.
     Tidak sampai beberapa minit kemudian, aku terserempak pula dengan Zaim Faiz dan Syazwan Syukri yang merupakan juga rakan sekelas aku. Merekalah tempat bergurau senda aku. Disamping itu, Nazarullah a.k.a Cat juga muncul! Dialah rakan tatkala susah dan senang aku, tempat rahsia di bongkarkan. Tempat untuk aku maki dan akulah tempat untuk dia carut! Haha.. Itulah kawan aku. Disebabkan terlalu panas saat itu! Kami berjalan menuju ke 'Auditorium' Pusat Budi Penyanyang, tujuannya adalah untuk menyejukkan badan ini. 

     Rehatkan badan seketika sebelum meneruskan agenda yang seterusnya.

Tetapi lain pula yang jadinya, kamera telah tersedia. 'Posing' sakan lah kita orang, bagai nak rak amik 'picture' tu. Perbagai posisi di tunjukkan umpama 'model professional', haha! Lepas sahaja kami ber'posing' sakan. Cat terpaksa masuk ke Dewan Seri Endon ditemani Zaim dan Syazwan untuk mengambil 'scroll' katanya. Yela, aku sesi pagi. Dia pula sesi petang. Berbeza course maka berbezalah sesi.
     Tidak lama kemudian pintu 'Auditorium' terbuka dan Siti Aishah a.k.a Kak Ecah (Mek kelate) muncul bersama Nurul Izzati a.k.a Tie (Ratu Budu) menyerbu.

     "Aaargghhhh.....!!! Is puas kami cari ang taw dak?" Gerutu Tie yang tak puas hati. Wanita gedit yang paling aktif pernah aku kenali yang tidak pernah kenal erti penat. "Penat aku berjalan, abis lemak aku! Dah lah aku sayang lemak aku taw tak!!!" Sambung Kak Ecah pulak. Inilah kakak yang aku kenal, pertama kali mengenalinya adalah pabila dia menegur aku dengan meminta 3kupang (30sen) untuk duit 'photostate' pada hari pertama kelas bermula. Tersenyum aku ketika itu. Inilah kawan rapat aku dalam kelas dan sepanjang pembelanjaran aku. Sejak 3tahun yang lalu susah, senang, tangis, tawa dan baik buruk aku mereka terima. Kami harungi bersama. "Kami ada bawakan ang 'something' amik ni.... " suara K.ecah kedengaran. "Nah, amik ni.. Penat kami belikan untuk ang taw dak! Pastu nak cari ang lagi... Ishhh.. Menyusahkan je..!" Suara lantang Tie yang punya badan kecil memecah suasana. 'Tak padan dengan kecil badan tu, mulut puaka!' balas aku dalam hati. Haha!
     Huluran jambangan bunga palsu dari Tie yang kecil saiznya diperbuat dari kertas bewarna 'pink' bersama 'teddy bear' yang cumel molek ditengah - tengah jambangan bunga tersebut menceriakan gubahan tersebut. Aku terpana seketika. Terharu seketika. Satu lagi huluran jambangan bersaiz sederhana besarnya terselit bunga ros hidup yang segar berwarna 'pink' bersama 'teddy bear' ditengahnya. Membuatkan aku tersentak. Hati aku betul - betul tersentuh. Emosi mula memainkan peranan.

"Kita orang tahu tadi ang nangiskan?" Soal Tie serta merta. "Sebab itulah kita orang belikan bunga, lagipun kesian aku tengok kau. Takut nanti kau nak beli bunga untuk diri sendiri je nanti. Haha!" Sakat Kak Ecah. Aku tertawa melihat gelagat mereka berdua, pada masa yang sama air mata aku mulai gugur. 

   Aku ketawa dengan tangisan yang berjurai tanpa henti. Tidak dapat disekat lagi, aku berterusan menangis. Tiada umkapan untuk gambaran perasaan itu. Tangisan kegembiraan. Tangisan kesyukuran. Tangisan rahmat. Tangisan kegembiraan. Tangisan keseronokan. Tangisan perpisahan.
Aku tahu, sudah tiba masanya untuk kami melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Apa pun keputusannya nanti, kita harus mencorak kehidupan kita sendiri. 3tahun ini mengajar aku pelbagai pengalaman yang menarik dan selama ini mereka semua membimbing aku. Tatkala aku jatuh, mereka mengangkat aku. Tatkala aku sedih mereka ceriakan aku. Tatkala aku terluka mereka penyembuh segala duka.  

     Sebelum semua ini berakhir, aku harus sematkan memori ini dalam gambaran yang boleh dikenang. Lantas aku menghubungi Naqib rakan college aku untuk mengambil gambar kenangan aku bersama mereka semua menggunakan kamera Nikon beliau di salah sebuah pusat rekreasi di kepala batas, iaitu Vision Park. Bersama aku adalahWiwi, Kak Ecah, Tie dan Nadia!
     Pelbagai aksi yang kami lakukan! Sangat bergaya taw! haha!

Mungkin korang pernah tengok 'picture' ni tapi aku cuma nak menceritakan apa yang terkandung didalam memori aku ini. So.....
Nak lihat 'picture' kami semua tak? Jom.....!



Ok, Serius aku nampak gemuk dalam pakaian itu! Haha! Berhadapan Dewan Seri Endon, Kepala Batas. Dari kiri Nadia, Tie, Ecah, Wiwi dan budak paling CUMEL! Iaitu saya, Iskandar! Haha!


 Inilah Vision Park, Kepala Batas. Apa yang aku cuba lakukan? Ok, Kak Ecah terlalu 'excited'!


Mampu nak lakukan? Berpeluh kot nak ambil 'picture' macam ni! Susah gila! Banyak kali kena 'repeated' kot! Memang memerah keringat! Tapi 'part' yang 'best'nya adalah muka kami semua! Perhatikan!


Aksi penjemuran ikan kering! Haha! Memang SILAUlah ceritanya nak menahan terik matahari. 


Dalam ni, semua 'posing' maut kot! Haha! 


Yang ni.... Urmmm.. No comment! 



Sebenarnya hampir semua 'picture' ni tak boleh digunakan tetapi disebabkan kami tiada pilihan, gambar pulak diambil terhad. So, terpaksa gunalah! SEDIH! Sebab itulah riaksi muka kami semua 'disaster'! Haha! Nampak? Kankankan.... :-p

     Tidak dapat aku lafaskan dari kata - kata tatkala hari terakhir berpisah dengan mereka. Tidak dapat diungkapkan perasaan ini pabila melihat mereka pergi. Berat hati ini untuk meninggalkan semuanya dan bergerak pulang. Perit dan pedih hati ini tatkala mengucapkan kata selamat tinggal. Kata maaf diminta, menghalalkan segala perilaku, perbuatan dan makan minum.
     Dari situ lah kita kenal sahabat yang baik, penyabar, penyanyang dan menerima kita seadanya. Akan tetapi semuanya telah berakhir. Aku rindukan semua itu. Bergurau bersama, masak bersama, keluar bersama, memaki hamun bersama, menyalahkan antara satu sama lain dan yang paling 'best' adalah makan bersama!

Memang benarlah, apa yang orang ramai katakan. Hari - hari terakhirlah yang akan terungkap semuanya... 
     
B.L.E.S.S. - Bersyukur pabila mengenali kamu semua.
H.A.P.P.I.N.E.S.S. - Gembira melihat kita melakukan pekara bersama - sama.
L.U.C.K. - Tuah saya bersama kamu semua dan tiadanya bala. Diri kamu itulah tuahnya.
S.A.D.N.E.S.S. - Sedih pabila meninggalkan kamu semua tatkala hati ini memerlukan.
T.E.A.R. - Tangisan ini selalu terhenti disebabkan kamu semua.
M.E.M.O.R.I.E.S. - Memori bersama kamulah yang paling menakjubkan.
S.M.I.L.E. - Senyuman terbentuk pabila melihat kita semua bersama.
F.O.R.G.I.V.E.N.E.S.S. - Kemaafan yang tidak pernah lekang dari hati korang.
H.U.M.O.R. - Lawak kamu yang tiada kering gusi.

     Kamu adalah S.A.H.A.B.A.T aku sepanjang zaman sehingga akhir zaman. Akan aku ingat sampai mati. Akan aku sentiasa doakan kejayaan korang sepanjang hayat. 
Jika ada masa, umur dan hayat yang panjang akan kita berjumpa lagi... Miss korang like CRAZY!

See you Guys! Bye... 

Monday, 12 November 2012

ALONE + Again = NORMAL?


Merenung ke luar gendela melihat kebesarannya, mengsyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Kau memberikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Walau penuh dengan cabaran.. Aku tahu, aku ada kamu. Kerna ke mana jua aku pergi, kau sentiasa akan bersama. Yang sentiasa setia berada disisi aku. Aku jatuh dan bangkit jua kerna MU... Tuhan.

     Malam yang begitu indah, membuatkan aku lena didalam buaian gelap. Lena yang membuat aku leka akan segalanya. Begitu indah sekali ciptaan malam, ciptaan yang tiada tandingan. Umpama 1001 malam ajaib tanpa penghujungnya.
     Termenung aku sendirian sehinggakan hati kecil berbisik. Sampai bila semuanya akan berakhir? Persoalan demi pertanyan yang timbul membuatkan aku kaku, kaget dan lemah umpama roh didalam jasad tercabut, terapung diudara tanpa kaki jejak ke bumi. Tiada tarikan graviti terhadap aku.

Angin sepoi bahasa menyapa muka. Nyaman.

Memang betul apa yang masyarakat kita kata, bila berseorangan di sesuatu tempat akan wujud perbagai andaian, persoalan dan permainan emosi yang berligar didalam fikiran. Adakah aku salah? Atau sememangnya mereka betul? Adakah mereka  sengaja? Atau adakah aku ni berlaku kejam? Betulkah langkah yang telah aku buat? Tolong... Aku keliru.. Hanya itu saja yang mampu aku luahkan.

     Patutkah aku meminta kemaaf atau memaafkan? Aku tiada dendam untuk memaafkan dan aku tiada salah untuk memohon kemaafan. Kalau aku bersalah, tegurlah aku maka aku akan menghulur sepuluh jari memohon kemaafan. Aku akan buat apa yang aku rasa betul.

    Yes, pabila api kemarahan wujud masa itu apa yang kita pandang buta, apa yang kita dengar pekak dan apa yang kita rasa panas. Semua yang berlaku kita tak akan peduli.  Tapi, selepas beberapa hari berlalu. Yang tinggal hanyalah bahangnya. Aku penat untuk memulakannya balik, maka terserahlah untuk menentukannya samada baik atau buruk. 

Yang aku pasti, kini... Aku mampu bertahan dan boleh mengatasinya. Terbiasa walaupun terpaksa. 

    Emosi mula memainkan peranan. Sedih, keliru, marah smuanya bercampur baur menjadi satu. Lidah kelu. Diam buat seketika. Yang aku tahu, kini aku sendiri. Aku dapat apa yang aku bayar. Aku faham. 
     Aku belajar dari pengalaman, menjadikan aku dewasa. Berdiri diatas kaki sendiri. Bila kita keseorangan, kita akan sedar bahawa diri ini akan menjadi tabah tanpa bantuan orang lain. Kita akan menjadi kejam terhadap pembaikan diri, sifat pentingkan diri akan wujud kerana tanpanya kita akan jatuh. 

Ingatlah bahawa kita keseorangan. ALONE. Take it, or Leave it. Learn, is Worth it. 



Friday, 17 February 2012

LaTe NiGhT aT cLuB HoUsE..!

Now, 2.00a.m! Im still at club house putra villa. Masih terbeliak biji mata melihat laptop. Bersama2 bercengkang mata menghadap laptop setelah penat lelah menSTUDY kerana EXAM! So, tibalah masa untuk kami semua membalas dendam terhadap internt, blog dan movies.

WIWI, SA'ADAH, DILLA, kak ALIAH, kak ECAH, FARIS dan aku(IS) ber'overnight' menonton movies triller 'HOSTEL'. Motiflah kan, petang tadi baru jer abis EXAM! MERDEKA kate kaw... So, bye2 pathology, biochemistry, microbiology n cummunity health. WALAUPUN.... Tak dapat jawab 100% dgn betul, FRUST! Tapi bedal jelah, malas nak fikir lagi. 

Ok, sambung balik citer tadi. Menjerit2 dia orang melihat movies, entah apalah yang seronoknye. Aku pulak seronok copy n paste movies dalam laptop WIWI yang terlalu 'laju' tu. Sampai aku naik fedup, errrggghhhh..!
Movies punye pasal, aku gagahkan juga. Hamik ko!

Dah habis movies mat salleh tu, tak tiba2 FARIS buka movies MAGIKA dan motifnya? Terkesima sebentar! Hahahaa... Korang mampu? Layan lah dia sorang diri.

Akhirnye, kita orang pun tak tahu nk balik pukul berapa? Hahahaa.... 
p/s: Sekali sekala jer ye kita orang buat 'kerja' untuk lepaskan stress n tension!

Saturday, 11 February 2012

Sem 5, Final EXAM in the CORNER!

Ok, it been a while after my last story that im update. 1st of all, im a bit busy with my homework and alot of assignment. I got it after my final class, means i need to do the assignment in my STUDY week? It unfair but, what should i do... SO, gonna finish the WOORK.!

My final EXAM tnggal 2hari jer, so.. Ia akn menentukan tahap keupayaan aku sebagai mahasiswa di SEM4 ini.! Sedih..!! Takut..!! Gelisah..! Semuanya bercampur menjadi satu. Entah macam mana aku nak terangkan, PELIK.! Bukan nye sedih kerana berakhir sem, bukannya takut kerana saat exam menanti dan bukannya gelisah kerana debaran kemuncal sem ini. TAPI, segalanya sebab aku..! Aku lalai dengan keseronokan dan keasyikkan dunia. Aku lalai dengan pelajaran dan aku cuai sebab leka dengan permainan FACEBOOK, TAGGED, BLOG, YAHOO, YOUTUBE dan sebagainya.! It became my habit!

13-16.02.2012 menjadi tarikh penentunya. So, last night i already deactive my facebook account, so start TODAY i will gonna stop using internet..! PLS... Help me GOD! Memang hidup ini penuh dengan dugaan yang mencabar. hehe..

    So, tinggal 2hari saja untuk aku KEJAR pelajaran yang tertinggal! PATHOLOGY, MICROBIOLOGY, BIOCHEMISTRY and COMMUNITY HEALTH here i come! I know that im a bit late, but trust me! I will never do the same thing again, again and again... God pls realize me early.! SUMPAH nak berubah. HOPE i can do it.! PLEASE PRAY FOR ME!

p/s: Dont be such a lazy person as im... Because you will regret it.!

Monday, 23 January 2012

CNY = Im Alone.!

Well, i wanna say that im happy 4 those who celebrate Chinese New Year(CNY). Hope that this year (2012-DRAGON) will bring  LUCK, LONG-LIFE, PROSPERITY n PROTECTION 2 you n ur family.
GONG XI FAT CHOI... 


Rancangnya, aku nak buat Yee Sang untuk makan besar malam ni, tapi tak dapat menghubungi kawan2 yang lain. So, terpaksalah aku membatalkan niat. Jam 8malam, aq keluar dengan WIWI, TIE n ROPHEE untuk 'makan besar' di restoran RZ. Kecian dekat WIWI sebab menyambut tahun baru cina tanpa dekat dengan keluarga, setahu aku lah ni tahun yang ke-2 dia beraya tanpa keluarga diCOLLEGE.

Yelah, dia asal dari sabah. Macam mana nak balik kalau tiket flight dah penuh. Lagi pun, kami semua pun dah nak dekat EXAM, lagi beberapa minggu jer lagi.
"Aku rase macam tak sambut raya cina lah pulak..!!! Tak ada semangat! Argggghhh... Sedihnya.!"
Tiba2 WIWI memberontak tak tentu pasal. Aku faham persaannya, malah aku pun tahu situasinya.
Berbalik pada cerita asal dan becakap pasal EXAM, im not prepare anything 4 that. Dah dekat exam baru lah bertungkus lumus utk STUDY.! Adoiiisss....

Semasa di restoran RZ 2, WIWI belanja kami makan SATAY..! Dah lama tak makan, so... Bedal jelah.. Hahahaaa... Habis makan, kami singgah lah di kedai runcit, lagi sekali WIWI belanja kami semua Aiskrim kotak. Seronok... Menyamah nya di Club House(CH) sambil on9 'muka buku'...

Tepat jam 12tengah malam semalam selepas Makan Besar. Hostel Putra Villa, Purta Bertam , Kepala Batas, Pulau Pinang dikejutkan dengan dentuman Bunga api yang cukup besar, meriah dan gah. Langit bertukar WARNA, dari gelap gelita menjadi terang berderang. Air kolam menjadi cermin kemeriahan malam tersebut. Malam dah larut, mereka semua menghantar aku balik ke penginapan(Motif sebab hantar?). Alasannya, aku ingin memberi mereka limau yang aku beli petang tadi.. Heheheee...

Kemeriahan malam masih berlaku tanpa henti, asyik... Sometimes, it wonderful 2 see a colour in the sky and we share it with other. But, me.. Myself, alone in the hostel... When people share their love, enjoyment ang happiness with their family, lover and friend. Im stuck in HOSTEL alone...!!! Without my housemate, best friend and family member. Im sit alone in my bedroom without bullying. Without melody of noise. I just lie down in my bed, on9, hear the music and sleep. Totally bored. I need UOLS!!! Can you heard me?

BALIKLAH CEPAT!!!

"Sabo jelah is, ko fikir jelah. Ko buat ni semua satu pengorbanan, lagi pun dah nak exam dah kan. So, study elok2. Chaiyok..! Aza2 fighting.!" Hati kecil aku memujuk.

CNY + ME = ALONE? Gila kentang..! Walaupun aku duduk berseorangan. Aku perlukan teman untuk bergurau senda dan bercerita, tapi aku tahu asal tujuan aku. Aku perlu bersabar. Enjoy the moment! 
The End! - Tamat lah kisah aku di tahun baru cina 2012 ini. 

Happy Chinese New Year... GONG XI FAT CHOI... 

Sunday, 22 January 2012

Pembalasan JAHAT, aku KECUNDANG lagi?

12-01-2012 hari keJAHATan sedunia... SUMPAH berlaku di rumah aku! Aku ulang, CUMA berlaku di RUMAH aku SAHAJA.. 'JAHAT' apa yang di maksudkan dengan perkataan 2? Hasad dengki, sakit hati, pembalasan dendam... Urmmm.... Cakap pasal PEMBALASAN dendam 2..... Oklah, aku akan mula menceritakn kisah nye... KISAH yang benar2 berlaku... Pada tarikh KERAMAT tersebut, kisah hidup ku BERMULA.

Aku yang menjadi mangsa keadaannye. MENGAPA? Aku sebagai sasaran PANAHnye. Aku jugalah tempat pelepasan keKEJAMan itu. KENAPA? BAGAIMANA? Aku menjadi mangsa!

SHAFIQ nama yang tidak asing lagi buat aku dan housemate aq, satu nama yang cukup murah diingati serta cukup mudah untuk disakitkan hati olehnye. Seringkali aq diBULI tanpa sebab, dipukul, di kacau. Urmm.. heheee... Ok lah, cukup lah pasal itu sebab ini cerita hari PEMBALASAN. ;p Motif : aku gunakan alasan a.k.a nama SHAFIQ untuk membalas dendam. Tak semena-mena, perasaan hati dan nafsu melonjak2 menjadi taruhan. Umpama seperti ada satu tarikan magnet melanda diri untuk melakukan sesuatu yang JAHAT. Fikir pnye lah fikir, tiba2 terfikir sesuatu adengan yang berligar2 didalam kepala... Selama ni, aq JARANG melakukan kejahatan terhadap semua housemate aq. Selalu nye aku yang seringkali dibuli dan dalang segala kejahatan a.k.a KETUA samseng BLOCK 1-16-F ialah KHAIRUL SHAFIQ(SHAFIQ a.k.a pak cik - Bendahari GENG KAPAK) dan WAN ZULFAHMI(FAHMI merangkap GENG konsi GELAP ) serta sekutunya iaitu IFFIE n KEROL... MAKA...  Ligat lah akal fikiran aq berkerja mencari satu idea yang boleh melumpuhkan sebilangan AHLI yang jahat itu.Berkawan dengan musuh untuk menjatuhkan musuh yang lain, itu lah startegi aq. Rancangan yang seumpama itu yang selalu aku lihat di kaca tv, lalu akan aku praktikalkan. 

"Fahmi, jom kita kena kan pak cik... Kena kan abis2an, biaq padan muka dy." Suara aq pelahan mengatur langkah sambil berjaga2 melihat kelibat SHAFIQ didalam bilik.

"Ang ni, suka sangat nak kenakan orang. Tak ada keja lain ka?" Sambung FAHMI.

"Tak de lah, hari 2 kita tak sambut birthday dia kan. So, ni lah peluang kita." Aku mula menghasut tajam.

"Nanti lah, Kerol dengan Iffie macam malas ja." Ujarnya ringkas. Lalu aku pun diam tanpa berkata.

Hari berlalu, pergi tanpa menyapa. Sedikit demi sedikit aku cuba menghasut mereka semua, IFFIE mula termakan kata. FAHMI semakin layu di tangan aku. KEROL seakan ingin turut serta tapi badannya umpama tidak mengizikan nya(time 2 dia kena selesema n demam). TUNGGU pak cik tue.!
Hari khamis, 12-01-2012 aku memasuki bilik depan. Melihat pak cik sedang sibuk bermain GAME, aku pun mula berbasa basi. Dengan serta merta aku tarik tangan dia dengan kuat sambil menjerit kepada FAHMI n IFFIE.

"Weh korang, cepat angkut SHAFIQ p bilik air.!" Suara aku lantang. FAHMI n IFFIE, mereka yang berada didalam bilik tersebut tercengang melihat tingkah laku aku.

"Ang biaq betoi?" Ujar IFFIE was-was. FAHMI terus menolong aku, menarik dan memerangkap SHAFIQ.

"Cepatlah..!" Aku balas. Tiba2....

FAHMI beralih arah! Memegang tangan aku, memandang dengan penuh sinis. Lirikan mata SHAFIQ juga membuktikan kebenarannya. IFFIE mengikut rentak FAHMI. HAMPEH! Aku dipermainkan LAGI sekali. MENGAPA? Aku terjatuh disebabkan lantai licin, semua terhenti. Aku ingatkan semua nya sudah berhenti disitu. RUPA2nye... Disambung kembali, akhirnya smua tertarik dan ditarik memasuki ke bilik air. SHAFIQ lantas membuka tali pancutan air dan mnyuluh ke muka aku. Basah LENCUN aku dibuatnya. (Semasa menulis blog ni, aq teringat satu perkataan yang masih berligar2 didalam otak aq "SIAPA CEPAT DIA DAPAT" - Tersenyum sebentar. Hahaaa... ) Sempat juga aq membalasnya, mereka idak dapat lagi. Cuba bayangkan 4orang mandi didalam 1bilik air kecil. ASYIK kan. Hahahaaa... 
Habis sabun mandian di sapu seluruh badan dan shampoo kepala ditaruhkan serta tidak terlepas juga dengan ubat gigi! Sebut pasal pekara bukan2 ni serahkan lah pada IFFIE! Memang dia suka. Bermainlah kami smua didalam bilik air 2, sehingga kan tali pancutan air terputus... DAHSYAT tk?
 Pelbagai adegan yang berlaku. Terjatuh disebabkan licin, mata termasuk air, termakan sabun dan pelbagai lagi. So, bila selesai. Kami semua keluar dengan menyuruh RAJIV mengambilkan kain tuala masing2.

KESIMPULANnya, jangan buat JAHAT sebab akan dibalas dengan kejahatan yang melampau. Tapi..
Bukan aku yang mulakan dulu, aku cuma nak balas dendam jer! Sebab sakit hati.
Tak adil lah asyik aku jer yang kena.!

a.k.a- Apalah yang akan aku buat kalau korang semua takda dalam HIDUP aku ni. Mesti sedih, walaupun kena buli setiap kali tapi aq tetap sayunk korang gila2...! Aku akan rindu saat itu berlaku. ;p