Pages

Sunday, 22 January 2012

Pembalasan JAHAT, aku KECUNDANG lagi?

12-01-2012 hari keJAHATan sedunia... SUMPAH berlaku di rumah aku! Aku ulang, CUMA berlaku di RUMAH aku SAHAJA.. 'JAHAT' apa yang di maksudkan dengan perkataan 2? Hasad dengki, sakit hati, pembalasan dendam... Urmmm.... Cakap pasal PEMBALASAN dendam 2..... Oklah, aku akan mula menceritakn kisah nye... KISAH yang benar2 berlaku... Pada tarikh KERAMAT tersebut, kisah hidup ku BERMULA.

Aku yang menjadi mangsa keadaannye. MENGAPA? Aku sebagai sasaran PANAHnye. Aku jugalah tempat pelepasan keKEJAMan itu. KENAPA? BAGAIMANA? Aku menjadi mangsa!

SHAFIQ nama yang tidak asing lagi buat aku dan housemate aq, satu nama yang cukup murah diingati serta cukup mudah untuk disakitkan hati olehnye. Seringkali aq diBULI tanpa sebab, dipukul, di kacau. Urmm.. heheee... Ok lah, cukup lah pasal itu sebab ini cerita hari PEMBALASAN. ;p Motif : aku gunakan alasan a.k.a nama SHAFIQ untuk membalas dendam. Tak semena-mena, perasaan hati dan nafsu melonjak2 menjadi taruhan. Umpama seperti ada satu tarikan magnet melanda diri untuk melakukan sesuatu yang JAHAT. Fikir pnye lah fikir, tiba2 terfikir sesuatu adengan yang berligar2 didalam kepala... Selama ni, aq JARANG melakukan kejahatan terhadap semua housemate aq. Selalu nye aku yang seringkali dibuli dan dalang segala kejahatan a.k.a KETUA samseng BLOCK 1-16-F ialah KHAIRUL SHAFIQ(SHAFIQ a.k.a pak cik - Bendahari GENG KAPAK) dan WAN ZULFAHMI(FAHMI merangkap GENG konsi GELAP ) serta sekutunya iaitu IFFIE n KEROL... MAKA...  Ligat lah akal fikiran aq berkerja mencari satu idea yang boleh melumpuhkan sebilangan AHLI yang jahat itu.Berkawan dengan musuh untuk menjatuhkan musuh yang lain, itu lah startegi aq. Rancangan yang seumpama itu yang selalu aku lihat di kaca tv, lalu akan aku praktikalkan. 

"Fahmi, jom kita kena kan pak cik... Kena kan abis2an, biaq padan muka dy." Suara aq pelahan mengatur langkah sambil berjaga2 melihat kelibat SHAFIQ didalam bilik.

"Ang ni, suka sangat nak kenakan orang. Tak ada keja lain ka?" Sambung FAHMI.

"Tak de lah, hari 2 kita tak sambut birthday dia kan. So, ni lah peluang kita." Aku mula menghasut tajam.

"Nanti lah, Kerol dengan Iffie macam malas ja." Ujarnya ringkas. Lalu aku pun diam tanpa berkata.

Hari berlalu, pergi tanpa menyapa. Sedikit demi sedikit aku cuba menghasut mereka semua, IFFIE mula termakan kata. FAHMI semakin layu di tangan aku. KEROL seakan ingin turut serta tapi badannya umpama tidak mengizikan nya(time 2 dia kena selesema n demam). TUNGGU pak cik tue.!
Hari khamis, 12-01-2012 aku memasuki bilik depan. Melihat pak cik sedang sibuk bermain GAME, aku pun mula berbasa basi. Dengan serta merta aku tarik tangan dia dengan kuat sambil menjerit kepada FAHMI n IFFIE.

"Weh korang, cepat angkut SHAFIQ p bilik air.!" Suara aku lantang. FAHMI n IFFIE, mereka yang berada didalam bilik tersebut tercengang melihat tingkah laku aku.

"Ang biaq betoi?" Ujar IFFIE was-was. FAHMI terus menolong aku, menarik dan memerangkap SHAFIQ.

"Cepatlah..!" Aku balas. Tiba2....

FAHMI beralih arah! Memegang tangan aku, memandang dengan penuh sinis. Lirikan mata SHAFIQ juga membuktikan kebenarannya. IFFIE mengikut rentak FAHMI. HAMPEH! Aku dipermainkan LAGI sekali. MENGAPA? Aku terjatuh disebabkan lantai licin, semua terhenti. Aku ingatkan semua nya sudah berhenti disitu. RUPA2nye... Disambung kembali, akhirnya smua tertarik dan ditarik memasuki ke bilik air. SHAFIQ lantas membuka tali pancutan air dan mnyuluh ke muka aku. Basah LENCUN aku dibuatnya. (Semasa menulis blog ni, aq teringat satu perkataan yang masih berligar2 didalam otak aq "SIAPA CEPAT DIA DAPAT" - Tersenyum sebentar. Hahaaa... ) Sempat juga aq membalasnya, mereka idak dapat lagi. Cuba bayangkan 4orang mandi didalam 1bilik air kecil. ASYIK kan. Hahahaaa... 
Habis sabun mandian di sapu seluruh badan dan shampoo kepala ditaruhkan serta tidak terlepas juga dengan ubat gigi! Sebut pasal pekara bukan2 ni serahkan lah pada IFFIE! Memang dia suka. Bermainlah kami smua didalam bilik air 2, sehingga kan tali pancutan air terputus... DAHSYAT tk?
 Pelbagai adegan yang berlaku. Terjatuh disebabkan licin, mata termasuk air, termakan sabun dan pelbagai lagi. So, bila selesai. Kami semua keluar dengan menyuruh RAJIV mengambilkan kain tuala masing2.

KESIMPULANnya, jangan buat JAHAT sebab akan dibalas dengan kejahatan yang melampau. Tapi..
Bukan aku yang mulakan dulu, aku cuma nak balas dendam jer! Sebab sakit hati.
Tak adil lah asyik aku jer yang kena.!

a.k.a- Apalah yang akan aku buat kalau korang semua takda dalam HIDUP aku ni. Mesti sedih, walaupun kena buli setiap kali tapi aq tetap sayunk korang gila2...! Aku akan rindu saat itu berlaku. ;p

3 comments:

  1. layannnnn,..buli jer!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sokong pihak mana ni? heheee... ;p
      yang kena buli or dibuli...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete